Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksBahagian Seni Lukis dan Reka Bentuk

Pengenalan

Matlamat utama Bahagian Seni Lukis dan Reka Bentuk adalah untuk memberi khidmat dalam menyediakan apa jua hal yang berhubung kait dengan seni lukis dan reka bentuk seperti menyediakan ilustrasi bagi penerbitan buku, majalah, jurnal dan sebagainya. Bahagian ini dibahagikan kepada dua unit, iaitu Unit Seni Lukis dan Unit Reka Bentuk. 

STRUKTUR B8.jpg

Fungsi dan Tanggungjawab 

Unit Seni Lukis

Unit Seni Lukis bertanggungjawab merancang dan mengatur segala kegiatan yang berhubung kait dengan projek yang diselenggarakan oleh DBP. Unit ini juga berperanan menyediakan alat kelengkapan dan dekorasi pada setiap kegiatan seperti menyediakan poster, billboard, latar belakang pentas, kain rentang dan hiasan bangunan.

Unit Reka Bentuk

Unit Reka Bentuk pula bertanggungjawab menyediakan lukisan, ilustrasi, perwajahan muka surat, layout buku, kulit buku, majalah, jurnal dan sebagainya dari awal menerima manuskrip sehingga siap cetak.​